About Me

My photo
dyel dESIGN & built sdn bhd menawarkan perkhidmatan pengurusan rekabentuk yang lengkap dan bersepadu bagi sesuatu projek dan pembangunan. Ini bermakna perkhidmatan pengurusan rekabentuk yang disediakan adalah bermula dari proses merekabentuk keseluruhan projek dan pembangunan melalui unit rekabentuk senibina. Kemudian diikuti dengan proses penataan hiasan ruang dalaman bagi setiap bangunan tersebut melalui unit rekabentuk dalaman. Kami juga mampu melaksanakan sendiri proses pembinaan bagi setiap projek dan pembangunan tersebut. Ini bertujuan agar proses aplikasi dari rekabaentuk kepada pembinaan dapat dilakukan pada tahap yang paling maksimum. Kesimpulannya ialah setiap rekabentuk dan pembinaan bagi projek dan pembangunan tersebut adalah dibawah satu pengurusan kami. Maka sememangnya kami mampu mewujudkan satu konsep dan satu identity serta memelihara keseluruhan imej dengan amat terperinci bagi setiap projek dan pembangunan, serta dapat mengelakkan kecelaruan dan konflik dalaman mencipta konsep serta imej bagi setiap projek dan pembangunan tersebut.